Herbal Toothpaste with Clove – Perlindungan Semula Jadi Untuk Gigi & Gusi
Herbal Toothpaste with Clove telah dirumus dengan kebaikan herba cengkih yang telah digunakan selama bertahun-tahun di dalam perubatan tradisional untuk melindungi gigi daripada kaviti dan melegakan sakit gigi. Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum, mengandungi Eugenol, komponen utama cengkih yang mempunyai sifat analgesik (menghilangkan sakit) dan antiseptik yang kuat, menjadikannya pilihan terbaik untuk perlindungan gigi dan gusi. Perlindungan terhadap kaviti adalah hasil daripada sifat antiseptik cengkih yang membantu membunuh bakteria penyebab kaviti.
Diantara Kelebihannya Adalah:
- Bebas fluorida.
- Selamat untuk kanak-kanak apabila digunakan dalam keadaan yang disyorkan kerana kurangnya risiko tentang fluorosis apabila kanak-kanak tertelan ubat gigi tanpa sengaja.
- Membantu menguat dan menyihatkan gigi dengan penggunaan yang berterusan.
- Membantu mencegah kaviti ke atas gigi yang sering dihadapi orang ramai.
- Sifat analgesik eugenol membantu meredakan sakit gigi dengan berkesan dan mengelakkan terjadinya ulser di dalam mulut.
Cengkih telah digunakan sebagai ubat tradisional kepada sakit gigi sejak berkurun lamanya selain digunakan sebagai rempah ratus di dalam masakan. Penggunaan ekstrak cengkih dalam ubat gigi adalah salah satu inovasi yang menggabungkan pengetahuan tradisional dengan teknologi moden untuk memberikan perlindungan dan kesihatan mulut yang optimum.
Mengandungi:
- Ekstrak cengkih yang mengandungi kesan analgesik yang tinggi.
Herbal Toothpaste with Clove adalah pilihan yang bijak untuk mereka yang mencari alternatif semulajadi dalam penjagaan gigi dan gusi. Dengan kelebihan yang ditawarkan oleh Olive House, ia bukan sahaja menjaga kesihatan mulut tetapi juga memberikan ketenangan kepada pengguna-pengguna barangan Olive House.





Reviews
There are no reviews yet.